Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Celine Dion Umum Konsert Jelajah September Ini

Bintang pop, Celine Dion baru-baru ini telah mengumumkan siri jelajah dunia dan album baharu, iaitu Courage hasil inspirasi kehidupannya selepas kematian suaminya.

Published

on

Bintang pop, Celine Dion baru-baru ini telah mengumumkan siri jelajah dunia dan album baharu, iaitu Courage hasil inspirasi kehidupannya selepas kematian suaminya.

Dion mengumumkan berita itu pada persembahan secara langsung di California, yang turut disiarkan secara dalam talian menerusi Facebook dan disaksikan lebih 11,000 peminatnya di seluruh dunia.

Penyanyi kelahiran Kanada yang terkenal menerusi lagu tema filem Titanic, bertajuk My Heart Will Go On , mengadakan persembahan di Las Vegas sejak 2003.

Namun, tahun lalu, beliau memaklumkan kontrak persembahannya di bandar itu akan tamat pada akhir Jun ini.

Saya fikir masa untuk berubah sudah tiba, jadi masa untuk mengadakan konsert jelajah.

Sementara itu, konsert jelajah Courage, iaitu yang pertama di Amerika Syarikat dalam tempoh 10 tahun, akan bermula di Quebec City, Kanada pada September ini.

Dion berkata, albumnya yang juga bertajuk Courage akan dilancarkan sekitar November ini, namun beliau tidak mendedahkan tarikh konsert di lokasi di seluruh dunia.

Katanya, tajuk album itu adalah hasil inspirasi kisah suami dan pengurusnya, Rene Angelil yang meninggal dunia pada 2016, akibat kanser tekak.

Pasangan itu mempunyai tiga anak lelaki.

 

Sumber dari: Reuters

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement