Connect with us

Gaya Hidup

Cegah COVID-19, Korang kena tahu jenis hand sanitizer jangan main beli!

Published

on


BELUM ada lagi antiviral yang betul-betul dapat menyelamatkan manusia daripada virus berbahaya COVID-19 yang menyerang manusia sejak Disember lalu. Setakat artikel ini ditulis, 14 ribu kes dilaporkan di wilayah Hubei dengan 94 kematian dilaporkan manjadikannya rekod kematian paling tinggi dilaporkan dalam sehari.

Para doktor dan pakar perubatan menasihatkan orang ramai agar mempunyai topeng muka dan hand sanitizer bagi melindungi diri dari terkena jangkitan. Ini kerana tangan adalah anggota tubuh yang sering menjadi dikaitkan dengan penularan infeksi.

Ini kerana kuman dan bakteri memang ada di mana-mana seperti pengangktan awam, pintu, dan alatan rumah. Sentuhan tangan boleh menyebabkan bakteria itu berpindah-pindah. Sebab itu kita semua kena ada hand sanitizer yang boleh bunuh kuman.

Menurut pakar imunologi, hand sanitizer yang paling bagus ialah yang berasaskan ethanol atau alcohol isopropyl.  Kandungan hand sanitizer yang mempunyai 60% kandungan alkohol dikatakan mampu membunuh sebahagian besar bakteria dan virus.

Kalau kulit sensitif alkohol macam mana?

Ada jenis kulit yang akan jadi kering kalau pakai hand  sanitizer. Oleh itu, korang disaran untuk pakai hand sanitizer yang ada pelembap.

Walaupun begitu, Pusat Pengendali dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) ada cakap kaedah cuci tangan dengan air bersih dan sabun antiseptik sangat efektif nak bunuh kuman. Tapi oleh sebab tak semua tempat kita senang nak cari air, hand sanitizer pun berguna.

Jadi, lepas ini cepat pergi cari hand sanitizer. Tapi kalau nak lebih efektif guna sabun dan antiseptik tau.

via GIPHY

Sumber: CNN

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement