Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Catriona Ross Hiburkan Peminat Dengan Loghat Siam, Berdekah!

Video yang menghiburkan tetapi ada mesejnya.

Published

on

Ramai golongan selebriti menggunakan media sosial sebagai platform untuk memberi kata nasihat serta sokongan moral kepada masyarakat di luar sana ketika negara sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan wabak Covid-19.

Pelbagai foto dan video dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing dan salah seorangnya ialah pelakon Catriona Ross.

Menerusi laman Instagram, pelakon drama Cindai itu ternyata mencuri perhatian ramai apabila dia bercakap menggunakan loghat Siam dengan watak ‘Kak Kek’. Saksikan video di bawah…

View this post on Instagram

Many naughty people outside. I saying Stay Home. Yuu baaan dii dii! Many things can do at home na khaa.

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

“#KakKek from Bangkok teaching you!

Many naughty people outside. I saying Stay Home. Yuu baaan dii dii! Many things can do at home na khaa,” tulisnya.

Kata Catriona dalam video berdurasi 1:20 saat itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan sepanjang PKP antaranya memasak, mengemas dan menonton filem.

Setakat artikel ini ditulis, video yang dimuat naik pada 31 Mac lalu itu telah meraih lebih 54,000 tontonan dengan rata-rata peminatnya terhibur melihat telatah lucu Catriona.

Gelak tu gelak juga tetapi pesanan Kak Kek supaya duduk di rumah jangan lupa yer…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement