Gaya Hidup
Cara Mujarab Bila Nak Pujuk Orang Yang Merajuk
Pernah tak terfikir apa yang perlu dilakukan jika kita tanpa sengaja melukakan hati seseorang yang rapat dengan kita
Pernah tak terfikir apa yang perlu dilakukan jika kita tanpa sengaja melukakan hati seseorang yang rapat dengan kita. Jom baca cara Donna nak pujuk hati orang tersayang yang merajuk:
Menyanyi
Ya, Donna tahu, tak semua orang pandai menyanyi tapi kalau nak memujuk hati orang yang sedang merajuk, rasanya nyayian dengan suara yang sumbang pun mungkin acceptable. Sekurang-kurangnya cuba tunjukkan sikit usaha anda. Silap-silap baru berapa rangkap anda menyanyi, mood dia sudah kembali okay.

Berpantun
Kalau tak nak menyanyi mungkin anda boleh cipta beberapa rangkap pantun. Pastikan pantun tersebut mempunyai unsur-unsur memujuk, mengakui kesilapan, lucu dan ayat manis. Donna yakin, cara ini dapat menyejukkan dan melembutkan hatinya. Percayalah.
Nak tahu lebih lanjut? Klik sini
Penulis: Donna