Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Cara Mengurangkan Pengambilan Gula Dalam Makanan

Semoga tahun 2020 menjadi tahun yang baik untuk mengubah gaya hidup..

Published

on

Makanan dan minuman yang berasaskan gula sememangnya lazat sehinggakan sesi makan macam tak lengkap kalau tidak diakhiri dengan pencuci mulut.

Masyarakat Melayu terutamanya terkenal dengan kuih-muih tradisional yang kebanyakannya mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti kuih lapis, onde-onde, kuih talam dan juga pencuci mulut seperti air batu campur dan cendol.

7 Kuih Tradisional 'Rare' Yang Perlu Dikembalikan - Butterkicap

Jika pengambilan gula initidak dikawal atau dikurangkan ia akan mendatangkan bukan sahaja kencing manis malah lebih banyak penyakit lain.

Jadi jom lakukan langkah-langkah ini untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan:-

1. Berhenti minum air berkabonat/air gas

Kandungan gula dalam minuman berkarbonat adalah amat tinggi dan ia langsung tidak menyumbang kebaikan kepada kesihatan. Justeru mulai dari sekarang, cuba untuk berhenti minum air berkarbonat sebaliknya gantikan dengan air kosong.

2. Kurangkan pengambilan nasi

Umum mengetahui nasi ialah makanan ruji. Nasi putih mempunyai kadar glisemik yang tinggi dan ini boleh menaikkan kadar gula dalam darah. Cuba kurangkan pengambilan nasi hanya sekali sehari dengan jumlah yang sedikit iaitu segenggam tangan anda. Cuba elakkan makan nasi pada waktu malam.

3. Lebihkan buah-buahan

Cuba gantikan makanan ringan anda dengan buah-buahan ataupun jagung. Glukos daripada buah-buahan adalah lebih elok daripada manisan buatan (artificial) kerana ia semulajadi.

4. Minuman kurang manis

Anda boleh mula mengurangkan kemanisan dalam minuman yang anda minum. Apabila lidah sudah biasa dengan makanan dan minuman yang kurang manis, anda akan lebih selesa meminta minuman tanpa gula.

5. Baca label makanan

Perkara ni paling jarang kita lakukan. Dengan mengetahui berapa jumlah gula di dalam makanan, ini dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak semasa pembelian mahupun semasa mengawal jumlah makanan yang diambil. Antara perkataan yang perlu diberikan perhatian contohnya adalah high fructose corn syrup yang amat lazim di dalam botol-botol sos. Kurangkan pengambilan produk makanan yang mempunyai bahan ini kerana kandungan gula tersorok adalah tinggi.

6. Ubah suai resipi jika perlu

Jika resipi masakan atau kek yang anda gunakan mengandungi gula yang tinggi, kurangkan saja jumlahnya. Mengurangkan separuh jumlah gula terutama dalam kek atau manisan lain tidak akan merosakkan rasa makanan itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement