Tak Dapat nak tidur .. Batuk.. Setiap orang mesti tak selesa bila mereka terkena batuk. Jika anda nak menjimatkan duit atau malas ke klinik boleh la cuba beberapa Petua Hilangkan Batuk ini. Dengan bahan semulajadi, mudah dan murah ini InsyaAllah anda dapat sembuh dari batuk
- TEH DAN MADU
Meminum teh dikatakan baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai pengganti gula, ia mempunyai efek terapi yang membantu proses pemulihan.
2. AIR
Antara punca batuk ialah kekurangan air dalam badan. Oleh itu meminum air yang mencukupi memainkan peranan penting . Air dapat membuang toksin dalam badan serta melancarkan peredaran darah. Air yang disarankan ialah air kosong / air mineral. Bukan air manis ya.
3. COKLAT
Coklat yang dibuat daripada Koko dikatakan mengandungi Theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak menghasilkan reaksi batuk dalam badan anda. Maka dengan minum coklat panas dari masa ke semasa adalah baik untuk melegakan batuk anda.
4. MANDI AIR PANAS
Dengan mandi air panas anda membolehkan kitaran darah kembali optimum selain membantu saluran pernafasan anda untuk berkembang