Gaya Hidup
Cara-Cara Menentukan Arah Kiblat
Lepasni boleh semak betul atau tidak kiblat di rumah kita..
Baru-baru ini tular di laman Twitter di mana seorang pemuda telah ditugaskan untuk pergi ke sebuah perkampungan orang asli untuk menyemak arah kiblat mereka.
Namun, ia memeranjatkan pemuda berkenaan apabila setelah menyemak 5 buah surau, kelima-lima kiblat mereka nyata terpesong!
Bagaimanapun menurut pemuda yang menggunakan nama @NajmiNzri itu, azimuth kiblat Malaysia seharusnya dalam lingkungan 291-293 darjah sahaja.
“Atau contact je jabatan mufti minta tolong tengokkan kiblat rumah,” tulisnya
Selain itu, Najmi turut memaklumkan bahawa terdapat 2 jenis hadap kiblat, antaranya:-
Najmi yang juga seorang pelajar Universiti Malaya turut menyediakan ruang sekiranya pengikut-pengikut di laman Instagram miliknya mempunyai soalan untuk ditanya.
Semoga dengan pencerahan atau jawapan daripada Najmi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam menentukan arah kiblat..