Connect with us
Catch Up Kool

Gaya Hidup

Cara Buat Party Online Dengan Member Sambil Main Game

Published

on


Tipu la kalau dah nak masuk minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakkan atau Movement Control Order (MCO) ni, kita semua dah mula menggubah lifestyle untuk menyesuaikan diri contoh macam bangun lebih awal daripada hari-hari biasa, bersarapan di rumah, siram pokok bunga, check in kerja dari rumah on time, tak perlu bersiap berjam-jam, ataupun tak mandi langsung bila duduk kat rumah.

Tapi tipu jugak lah kalau korang tak rindu nak lepak dengan kawan-kawan atau pun bergelak ketawa sambil membawang tentang benda-benda paling latest yang korang dah tahu. Selain bergossip atau membawang dengan kawan-kawan, ada juga yang selalu lepak dekat rumah member beramai-ramai dah antara aktiviti yang dilakukan selalunya bermain sekali jenis game daripada PS4, Xbox mahupun bermain saidina ataupun Jutaria. Betul tak?

Tapi time-time krisis Covid-19 ni, macam mana nak stay in touch dengan member sambil dapat lepak main game dengan diorang? Takkan nak selalu video call dan berborak je. 

Haaa kat sini kami nak kongsikan salah satu aplikasi di smartphone yang korang boleh juga untuk hilangkan kebosanan duduk di rumah, sambil sambil tu boleh jugak lepak sekali main game dengan member korang.

HOUSEPARTY

Image via: https://www.ft.com/

Houseparty adalah antara aplikasi di smartphone yang sedang menigkat naik buat masa kini oleh kerana dengan situasi yang kita hadapi seketika ini yang menjauhkan kita dapat kawan-kawan rapat mahupun orang yang kita sayang. Ianya adalah aplikasi yang boleh dimuat turun di Android ataupun iOS.

Secara basicnya, Houseparty ni sebenarnya adalah aplikasi face to face social network yang fokus dengan ciri-ciri seperti video chats, quizzes dan games untuk memyatukan para penguna dengan kawan-kawan mereka di atas talian secara digital.

Namun, aplikasi ini bukanlah aplikasi yang dicipta semata-mata untuk isu pandemik yang dihadapi secara global. Ianya adalah aplikasi yang telah wujud sejak tahun 2016 lagi. Tetapi dengan kadar bilangan orang yang stay at home ini naik mendadak, maka ramai yang pertumpuan kepada aplikasi ini sebagai alternatif untuk berhubungan dengan kawan-kawan yang berjauhan. Ianya adalah antara aplikasi yang telah menerima ramai penguna sejak kebelakangan ini. Maka tidak hairan lah kalau member-member korang mungkin sudah pun download aplikasi ini ke dalam smartphone diorang.

Walaupun terdapat beberapa aplikasi yang telah tersedia ada seperti Whatsapp, Instagram, FaceTime, Google Hangout, Zoom yang didatang dengan ciri-ciri video call. Apa yang membezakan aplikasi House Party dengan aplikasi video call yang lain adalah ciri-cirinya yang membolehkan penguna bermain games mahupun kuiz secara beramai-ramai. Ianya adalah antara tarikkan yang menarik yang diminati ramai penguna, aplikasi ni bukan hanya untuk video call semata-mata bercakap depan kamera je, korang boleh main game juga sambil-sambil tu.

Ianya juga bukan sahaja untuk digunakan dikalangan member-member sahaja, kalau ada saudara-mara mahupun family korang yang berjauhan pun boleh ajak mereka guna sekali aplikasi ni tau.

MACAM MANA NAK GUNA?

Okay, let say korang dah installed aplikasi ni dalam smartphone korang. So macam mana nak guna eh? Okay mari kami ajar.

Bila dah install, korang buka aplikasi ni dan pertama sekali korang kena buat adalah daftar dulu akaun rasmi korang dan ikut langkah-langkah sign-up yang dipaparkan pada skrin. Korang kena isikan nama, email address, nombor telefon dan juga username. Kami cadangkan guna je username yang sama dengan username Instagram korang. Nanti apa-apa hal, senang la member nak cari kan?

Dah settle daftar akaun House Party. Sekarang ni korang kena linkkan contact phone korang dengan aplikasi ni atau linkkan dengan Facebook atau Snapchat (kalau ada Snapchat lah). Once dah settle langkah-langkah ni, House Party akan tahu siapa diantara member-member korang yang dah ada aplikasi ni dalam smartphone diorang.  

Kalau tak jumpa member-member korang dalam list contacts aplikasi ni, takpe. Jangan risau sebab korang boleh search username member korang tu untuk add diorang dalam contact list House Party.  

Image via: Thelaki.com.my

Bila dah setup complete. Sekarang korang dah boleh start guna aplikasi House Party ni. Mula-mula sekali korang akan nampak selfie kamera muka korang. Untuk mulakan parties korang boleh tekan + untuk invite member-member untuk gunakan aplikasi House Party ni.

Kalau korang swipe up, korang boleh tengok siapa member-member yang tengah gunakan House Party. Kat sini korang boleh create party jugak. Tapi kami nak pesan yang hanya maksimum lapan orang je yang boleh join dalam satu call tak boleh lebih daripada lapan orang.

Kalau nak main game  Sama seperti Facebook Messenger, aplikasi ini juga memberikan korang function untuk korang wave dekat member yang jugak mengunakan aplikasi House Party ni. Jadi, selamat mencuba gais.

KATALAKI: Teknologi zaman sekarang buat party online pun boleh ahahaha….

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement