Gaya Hidup
Cara Betul Cuci Pakaian Bayi
Ketahuilah kulit si manja sangat sensitif dengan persekitaran, habuk, pakaian terutama sekali sabun. Ini kerana bahan kimia yang terdapat dalam sabun mengandungi bakteria dan pewarna yang kuat sehingga menyebabkan kulit bayi menjadi iritasi.
Kebanyakkan ibu bapa atau penjaga di luar sana akan campurkan sekali baju mereka dengan baju anak-anak kecil ke dalam mesin basuh. Kononnya memudahkan kerja tapi sebaliknya mendatangkan kesan buruk pada kulit bayi.
Ketahuilah kulit si manja sangat sensitif dengan persekitaran, habuk, pakaian terutama sekali sabun. Ini kerana bahan kimia yang terdapat dalam sabun mengandungi bakteria dan pewarna yang kuat sehingga menyebabkan kulit bayi menjadi iritasi.
Jadi, bagaimana nak mencegahnya? Jom ikuti langkah yang betul.
Langkah 1: Selepas membeli pakaian mereka, pastikan anda mencuci pakaian mereka mengikut warna.
Langkah 2: Elakkan dari menggunakan sabun pencuci pakaian yang berbau kuat kerana kulit yang sesnsitif tidak serasi dengan pencuci yang mengandungi bahan kimia yang terlampau banyak kerana boleh menyebabkan iritasi pada kulit si manja.
Langkah 3: Pastikan baju bayi yang dibasuh dibilas sebanyak dua kali supaya dapat menyingkirkan pewarna dan bakteria yang melekat pada baju bayi.
Sumber: shutterstock
Langkah 5: Akhir sekali, lipat pakaian mereka yang sudah kering untuk mengelakkan daripada berkedut. Kemudian, simpankan dalam laci atau kabinet yang bebas daripada habuk.
Semoga panduan yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada para ibu di luar sana.
Sumber: LS