Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Cantiknya Berhijab” – Wargamaya Terpegun Melihat Kecantikan Nora Danish Mengenakan Hijab

Terbaru, Nora Danish memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkannya memakai  tudung. Dengan pakaian serba putih, Nora  kelihatan persis bidadari.

Published

on

Siapa tak kenal pelakon jelita dan comel, Nora Danish, yang sentiasa kelihatan ‘fresh‘ dan tidak dimamah usia. Bukan sahaja dinilai dari wajah dan susuk penampilannya, malah, personaliti Nora sendiri dan cara percakapannya juga memang semulajadi comel. Geram betul bila melihatnya di kaca televisyen. Bawalah watak apa sekali pun, meskipun watak jahat, pasti tak sampai hati nak benci dan marah.

Walaupun sudah mencecah 39 tahun, ia tidak membataskan Nora untuk masih aktif di laman sosial. Lebih menarik, dia dilabel sebagai ratu TikTok oleh wargamaya, kerana kerap memuat naik video kandungan TikTok di Instagram.

Baca juga: “Rarenya Bawa Manual, Lori Pula Tu”- Wany Hasrita Curi Tumpuan Ramai

Juga dilabelkan sebagai fashionista, pakaian yang diperagakan pelakon jelita ini sering menarik perhatian wargamaya. Kalau dah cantik pakai apa pun mesti cantik, kan?

Terbaru, Nora Danish memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkannya memakai  tudung. Dengan pakaian serba putih, Nora  kelihatan persis bidadari.

Rata-rata wargamaya memuji penampilan Nora. Ada juga yang mengatakan bahawa Nora tampak lebih muda begini.

Memang manis dan ayu bila pelakon yang terkenal dengan watak Puteri ini mengenakan hijab. Tidak pasti jika penampilan ini akan dibawa sepanjang Ramadan, peminat mendoakan  yang terbaik untuk kesayangan mereka ini.

Sumber: Instagram

Baca juga: Padam Gambar Seksi, Zizi Kirana Berniat Untuk Berhijab Dalam Masa Terdekat

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement