Connect with us
Kool FM

Berita

Caj Tambahan Gunting Rambut Tidak Boleh Sehingga RM10

Mesti ramai lega boleh potong rambut lepas ni kan…

Published

on

Kerajaan telah bersetuju membenarkan perkhidmatan gunting rambut dan kecantikan serta yang berkaitan dengannya bermula 10 Jun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata pengusaha perkhidmatan gunting rambut dan salun kecantikan perlu mempamerkan senarai harga setiap barangan tambahan serta caj servis dikenakan agar pelanggan dapat menyemak harga lebih awal dan mengelakkan kekeliruan berhubung caj.

Katanya, kebenaran itu bagaimanapun masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka, apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian satu set sarung tangan dan apron pakai buang setiap pelanggan dan jarak 2 meter di antara kerusi tukang gunting.

“Saya dimaklumkan wakil Gabungan Pendandan Rambut Malaysia menyuarakan kenaikan caj pemotongan dan dandanan rambut di antara RM5 hingga RM10 bagi setiap pelanggan berikutan peningkatan kos operasi menyediakan peralatan untuk mematuhi SOP.

“Saya ingin memberikan contoh dengan andaian barangan tambahan terbabit adalah apron plastik penutup badan pengguna berharga RM3, kos sarung tangan 50 sen dan cecair sanitasi 30 sen, maka jumlah kos tambahan boleh dikenakan adalah RM3.80 sahaja.

“Pengusaha kedai gunting rambut tidak boleh mengenakan caj tambahan sehingga RM10. Pengguna boleh mengemukakan aduan terhadap mana-mana kedai gunting dan pendandan rambut serta salun kecantikan yang mengenakan caj tambahan tidak munasabah,” katanya.

Nanta Linggi mengingatkan, hanya kos barangan seperti pelitup muka, apron pakai buang dan sarung tangan serta cecair sanitasi yang ditanggung pekedai, boleh dicaj kepada pelanggan, selain kos asal upah gunting.

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement