Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Cabaran Seorang Rider Demi Mencari Rezeki Halal

Cekal betul rider-rider ni…

Published

on

Perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan di negara ini dilihat semakin mendapat sambutan, terutamanya apabila banyak pilihan servis yang ditawarkan. Menjadi seorang rider, runner ataupun pemandu e-hailing bukanlah sesuatu pekerjaan yang mudah. Ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, kecekalan dan minat. Kebanyakan runner juga adalah pelajar dan pekerja sambilan yang masih muda.

Namun, dalam pada ramai pengguna berseronok menggunakan perkhidmatan tersebut, adakalanya kita terlupa terhadap cabaran yang dihadapi, terutamanya membabitkan ‘runner’ itu sendiri.

Tidak ketinggalan, Linda Onn di dalam sedutan segmen ‘Catch Up Kool FM’, bertanyakan kepada pendengar yang juga merupakan seorang runner, menceritakan tentang kisahnya menjadi seorang runner.

Kata pendengar pertama iaitu Fahmi, antara cabaran yang pernah dihadapinya ialah apabila dia terpaksa mengambil pelanggan yang baru pulang dari kelab malam, dan terpaksa mengawal pelanggan yang mabuk ketika menaiki kenderaannya. Tidak cukup dengan mabuk, pelanggannya itu siap muntah di dalam kenderaannya.

Manakala pendengar kedua, Zafri mengatakan yang dia menawarkan perkhidmatan servis menghantar barang dan pernah suatu hari, Zafri mendapat pesanan untuk menghantar barang tanpa mengetahui apakah barang yang perlu dihantarnya. Apabila tiba di destinasi, dia terpaksa menghantar barang yang sangat besar dari motornya. Disebabkan sudah ‘accept order’, jadi Zafri meneruskan untuk menghantar barang itu.

Lain pula dengan pendengar ketiga, Hariz apabila dia ditipu pelanggan yang menyuruhnya untuk membeli barangan keperluan di pasaraya, kemudian menghilang apabila pesanan telah sampai di hadapan pintu.

A Comparison OF 4 Popular M'sian Food Delivery Apps

Bermacam ragam pelanggan yang rider-rider ini telah kongsikan, demi mencari rezeki yang halal mereka sanggup meredah hujan dan panas, mengambil pesanan anda walaupun sudah lewat dan sebagainya.

Jika anda adalah salah seorang daripada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan ataupun servis seperti ini, kami ingin menasihatkan supaya hargai usaha runner ataupun rider anda yang cuba untuk memenuhi keperluan anda. Jika mereka memberikan perkhidmatan yang baik, tidak salah untuk memberikan mereka sedikit tip sebagai sedekah.

Dengarkan episod penuh tentang Cabaran Seorang Rider Dan Runner di Catch Up Kool FM.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement