Semasa & Hiburan
Butterfingers Cipta Kenangan Terindah Buat Peminat
Hampir 3 jam Butterfingers hiburkan peminat. Cayalah!
Sabtu lalu, kumpulan Butterfingers yang popular sekitar penghujung era 1990-an mengubat rindu peminat apabila menjayakan Konsert Ulangtahun ke-20 Butterfingers – Transcendence di Stadium Malawati, Shah Alam.
Butterfingers dianggotai Loko, Loque, Emmett dan Kadak.
Antaranya, Chemistry, Epitome, Meltdown, Mermaid, Doomsday, Faculties of the Mind, Floating, Mystery dan Mokhsha.
Seluruh stadium diam seketika apabila dikejutkan berita mengenai Kadak, selaku bassis Butterfingers yang diserang sesak nafas.
Insiden itu bagaimanapun tidak menjejaskan momentum persembahan mereka yang disambung kira-kira 15 minit kemudian tanpa Kadak.
Konsert Ulangtahun ke-20 Butterfingers – Transcendence sememangnya memberi kepuasan penuh kepada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula band ini.
Sumber: Harian Metro