Connect with us

Gaya Hidup

Bumi Bakal Dihentam Asteroid Pada Tahun 2135?!

Published

on


Angkasa lepas merupakan antara kawasan yang menyimpan banyak misteri kepada manusia. Dari kebenaran tentang kewujudan makhluk lain di planet-planet yang berdekatan dengan bumi sehinggalah kepada bahaya yang mungkin akan menimpa bumi.

Dan pada beberapa tahun yang lepas, kita telah digemparkan kewujudan sebiji asteroid yang mempunyai diameter sebesar 490 meter! Asteroid yang diberi nama 101955 Bennu ataupun Asteroid Bennu ini telah dijumpai oleh LINEAR Project pada 11 September 1999.

Asteroid ini telah diklasifikasikan sebagai objek yang mungkin membawa kemusnahan kepada bumi dan ia telah disenaraikan senarai Sentry Risk Table dan merupakan objek kedua yang boleh memusnahkan bumi dengan kadar impak yang sangat besar.

Asteroid Bennu ini dikatakan mempunyai peluang 1 dalam 2,700 untuk menghentam bumi dan dijangkakan perkara ini akan berlaku dalam tahun 2175 sehingga 2199. Kalau korang nak tahu, nama Bennu ini diambil dari nama satu burung mistik dari Egypt yang selalu dikaitkan dengan matahari, ciptaan dan kelahiran semula.

Satu pertandingan telah dilakukan oleh University of Arizona, The Planetary Society dan LINEAR Project pada tahun 2012. Lebih daripada 8000 nama telah telah diberikan oleh seluruh pelajar universiti seluruh dunia untuk pertandingan Name That Asteroid! ini. Mereka kemudiannya memilih nama Bennu selepas seorang pelajar dari North Carolina, Michael Puzio mencadangkannya.

101955 Bennu ini mempunyai diameter sebesar 490 meter dan ianya telah dijejaki dan dikaji secara mendalam oleh Arecibo Obsevatory Planetary Radar dan Goldstone Deep Space Network setiap hari. Ini supaya kita boleh melihat pergerakan asteroid ini dan menjangka dimanakah ia akan terhempas andaikata ia memasuki atmosfera bumi.

Image Via: https://www.pinterest.com

Sebuah kapal angkasa yang diberi nama OSIRISREx telah dihantar ke angkasa lepas oleh NASA bagi mengkaji asteroid ini dengan lebih dekat lagi. Ia telah ditugaskan untuk mengambil sample asteroid ini dan bawa ia kembali ke bumi pada tahun 2023 untuk kajian lebih lanjut.

Pada 3 December 2018, OSIRISREx telah berjaya berada rapat dengan asteroid Bennu setelah dua tahun menjejaki asteroid ini. Sebelum ia dibenarkan untuk mendarat dan mendapatkan sample, OSIRISREx telah ditugaskan untuk map out permukaan Bennu secara lebih terperinci dan mengira berapa berat asteroid Bennu ini. Pada 18 June 2019, NASA telah mengumumkan yang kapal OSIRISREx telah berjaya berada rapat dengan asteroid tersebut dan mengambil gambarnya pada jarak 600 meter dari permukaan asteroid tersebut.

Menurut satu kajian yang dilakukan pada 2015, impak yang dihasilkan oleh asteroid ini andaikata ia menghentam bumi adalah lebih besar daripada letupan bom atom yang pernah diletupkan di bumi. Dengan kelajuan 12.1KM per saat, kadar hentaman asteroid ini dijangka bersamaan dengan 1450 megaton TNT, lebih besar dari bom atom yang pernah digunakan pada perang dunia kedua yang mana cuma mempunyai kekuatan sebanyak 20 kiloton sahaja!

Mendengar tentang kekuatan asteroid ini, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memusnahkan asteroid ini andaikata ia betul-betul akan menghentam bumi. Antaranya adalah menggunakan sebuah roket khas yang diberi nama sebagai Hypervelocity Asteroid Mitigation Mission for Emergency Responce atau singkatannya HAMMER.

Roket yang setinggi 9 meter dan seberat 8.8 tan ini akan bertindak seperti hammer dan melanggar asteroid ini bagi membuatkannya tersasar dari perjalanannya terhempas ke bumi. Mereka tidak mahu meletupkan asteroid ini kerana tidak mahu cebisan daripada asteroid ini pula akan terhempas ke bumi. Jadi jalan yang terbaik setakat ini adalah menggunakan roket HAMMER ini untuk melanggar asteroid ini dan membuatkan ia tersasar dari paksi pergerakannya!

KATALAKI: Nasib baik lama lagi kalau betul asteroid ni terhempas dekat bumi huhuhu!

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement