Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

"Bukan Sombong, Tapi…"- Anuar Zain

Penyanyi yang mempunyai vokal unik, Anuar Zain menyangkal dakwaan beliau sombong selepas dilihat jarang muncul membuat persembahan.

Published

on

Penyanyi yang mempunyai vokal unik, Anuar Zain menyangkal dakwaan beliau sombong selepas dilihat jarang muncul membuat persembahan.

Menurut Anuar, banyak hal perlu dititikberatkan sebelum membuat persembahan dan faktor bayaran yang tidak setimpal antara sebab beliau terpaksa menolak tawaran persembahan.

“Kebiasaannya, tawaran diterima pada hujung minggu iaitu ketika jadual saya padat dengan undangan persembahan. Selain itu, bayaran diberikan juga tidak setimpal dengan perbelanjaan saya,” katanya.
Untuk persembahan, saya perlu keluarkan wang untuk membayar jurutera muzik, jurusolek, selain menyediakan pakaian dan kos pengangkutan. Harga yang diberikan perlu relevan,” ujar Anuar lagi.


Sebagai penyanyi, Anuar menjelaskan undangan persembahan adalah punca pendapatannya dan oleh kerana itu bayaran perlulah setimpal dengan tenaga dan perbelanjaan yang dikeluarkan.

“Jika harga yang ditawarkan munasabah, saya tidak akan menolak,” tegas Anuar.

Sementara itu, Anuar yang juga adik kepada penyanyi terkenal, Ziana Zain juga merancang untuk keluar dengan album penuh sempena ulang tahun ke-50 beliau pada15 Februari tahun depan.

“Kali terakhir saya menghasilkan album penuh pada 2016. Insya-Allah, menjelang usia 50 tahun depan, saya mahu tampil dengan sebuah lagi album baharu. Sebagai memenuhi permintaan peminat, saya mencari lagu balada yang ringan seperti yang dibawakan penyanyi K-pop,” katanya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement