Gaya Hidup
Bukan Sangkut Didagu, Tapi Ini Cara Tepat Simpan Pelitup Muka Semasa Makan
Jom follow..
Mulai 1 Ogos lalu, pelitup muka wajib dipakai dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.
Namun, dapat dilihat di kebanyakan lokasi di mana orang ramai mengambil ringan dan memandang remeh tentang perkara ini.
Terutamanya ketika di meja makan. Ada yang menyangkutnya di telinga, ada yang letak di dagu dan sebagainya.
Di bawah ini adalah cara-cara yang betul sekiranya anda merancang untuk keluar ke restoran:-
Bagaimanapun, lokasi lain yang disenaraikan oleh MKN termasuklah masjid dan surau, rumah ibadat bukan Islam, majlis sosial, pengangkutan awam, zoo, bas serta van sekolah, lokasi sukan dan rekreasi (ketika tidak melakukan aktiviti) dan premis kesihatan iaitu klinik dan hospital.
Orang ramai boleh memperoleh maklumat berkaitan menerusi www.mkn.gov.my.