Connect with us

Hiburan

Bukan Rezeki Wany Hasrita

Wany percaya mungkin ada rezeki yang lebih baik buat dirinya.

Published

on

Penyanyi lagu Menahan Rindu, Wany Hasrita gagal membawa pulang sebarang trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 32) Ahad lalu.

Bagaimanapun, bekas pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 31 itu tidak berasa tertekan sebaliknya menganggap ia bukan rezeki.

“Menang atau kalah adat pertandingan. Tahun lalu rezeki saya dan tahun ini rezeki orang lain. Mungkin tahun depan rezeki saya semula.

“Mungkin juga tahun ini tak menang sebab ada yang lebih baik untuk saya, Insya-Allah. Saya percaya, Tuhan ambil sesuatu sebab nak bagi lebih baik, jadi saya positif saja,” kata Wany.

Bercerita mengenai kemenangan Mira Filzah sebagai Bintang Paling Popular, ini reaksi Wany.

“Mira layak menang sebab nampak dia banyak produk drama dan filem selain mengacara. Lagipun, setiap orang Tuhan dah tetapkan rezeki dan ini rezeki dia.

“Terima kasih peminat, saya tak dapat balas apa yang anda buat. Macam biasa, ada yang tak tidur sebab undi. Tapi rezeki tak menyebelahi kita. Tak apa, nanti kita cuba lagi,” katanya yang mahu memberi lebih fokus terhadap bidang nyanyian.

Wany kini muncul dengan single duet terbaru, Belenggu Rindu bersama Datuk Jamal Abdillah yang hampir meraih 2 juta tontonan di laman YouTube sejak dimuat naik pada 2 September lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement