Connect with us

Gaya Hidup

Bukan Penyakit Biasa-Biasa, Cegah Influenza A Di Rumah Untuk Mengurangkan Penyebaran

Published

on


Disebabkan tidak mendapat rawatan segera ramai mungkin ramai yang tergadai nyawa akibat demam, selsema dan batuk yang berpanjangan. Anda perlu sedar bahawa persekitaran di sekeliling mampu membuatkan anda terdedah kepada sebarang penyakit begitu juga dengan Influenza A yang semakin menular pada masa kini.

Secara umumnya ramai yang mengetahui jangkitan ini mudah merebak daripada satu individu kepada individu yang lain dengan hanya menerusi sentuhan ataupun rembesan cecair daripada hidung. Pada 10 tahun lepas, berlakunya suatu pandemik yang berpunca daripada Influenza A tetapi keadaannya masih berjaya dikawal.

Image result for batuk

Sumber: varia

Jangkitan Mudah Merebak Ketika Cuaca Sejuk

Walaupun ianya bermusim dan serangan mungkin tidak membimbangkan namun masyarakat dan pihak berkuasa kesihatan perlu waspada. Keadaan bertambah bahaya apabila jangkitan ini memberi kesan serius kepada pesakit jantung, asma dan kanser. Bukan itu sahaja anda perlu lebih berhati-hati ketika cuaca sejuk kerana jangkitan sangat mudah membiak.

Image result for cuci tangan

Sumber: freemalaysia

Untuk mencegah penularan ini terus berlaku, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan di rumah :

  • Mencuci tangan dan sabun dengan air bersih yang mengalir
  • Menjaga kebersihan diri dan lingkungan di sekitar anda dengan tidak membuang kahak atau meludah sebarangan.
  • Apabila bersin atau batuk, tutup hidung dan mulut dengan tisu dan buang pada tong sampah.
  • Waspada dan segera berjumpa doktor apabila anda mengalami gejala Influenza A.

Dapatkan Imunisasi Dengan Segera

Suntikan influenza adalah cara paling terbaik untuk mencegah jangkitan ini daripada terus berlaku dan amat disarankan agar kanak-kanak, pesakit asma dan bayi pra matang mendapatkan imunisasi dengan segera.

Kes jangkitan influenza terhadap kanak-kanak semakin meningkat jadi sebagai ibu bapa anda haru berhati-hati dengan gelaja ini serta mendapat pemeriksaan awal.

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Jangan Panik! Payudara Sakit Tak Semestinya Kanser

Jom Periksa Buah Apa Yang Boleh Dimakan Dan Tidak Semasa Berpantang

 

 

 

 

 

Sumber: bharian 

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement