Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Bukan “Mus May” Lagi

Vokalis Kumpulan May, Mus selepas ini mahu dikenali dengan nama panggilan lain.

Published

on

Volalis kumpulan May, Mus mendedahkan sudah menarik diri daripada kumpulan itu sejak Januari lalu.

Mus atau nama lengkapnya Mustaffa Din berkata, keputusan drastik itu dibuat selepas mengambil kira keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan.

“Saya rasa tidak mampu lagi untuk beraksi menyanyikan lebih 10 lagu dalam mana-mana konsert bersama May.

“Ramai yang tidak tahu perkara ini dan rasanya tidak adil untuk penganjur masih memanggil saya dengan nama Mus May sedangkan anggota kumpulan sendiri tidak tahu saya sudah tidak bersama mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Mus akhirnya telah bertindak menjelaskan perkara sebenar kepada dua anggota kumpulan May iaitu Man serta Abu dan mereka menghormati keputusannya.

“Selepas ini, penganjur tidak boleh memanggil saya dengan panggilan itu lagi dan saya masih memikirkan nama yang sesuai,”ujarnya lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement