Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Bukan kaleng-kaleng! 2 penerbit Malaysia ini tercalon untuk Oscars 2o2o

Published

on


SATU per satu kejayaan anak Malaysia bersinar di pentas dunia telah kita dengari. Membuka lembaran tahun 2020, dua rakyat Malaysia yang telah disenarai pendek di anugerah Academy Awards 2020 (Oscars) sememangnya berita yang menggembirakan untuk semua.

Poh Si Teng dan Cheyenne Tan telah tercalon dalam kategoti Subjek Dokumentari Pendek Terbaik menerusi karya yang bertajuk St Louise Superman.

Cheyenne bagaimanapun sangat berbesar hati atas pencalonan ini.

“Kejayaan ini semuanya daripada cerita hebat Bruce Franks Jr dan kami sangat bersyukur dapat bekerjasama untuk menceritakan kisahnya.

“Kami ingin kongsikan penghormatan ini kepada Bruce dan keseluruhan pasukan pembikinannya termasuklah MTV Documentary Films dan AJE Witness. Terima kasih pihak Academy kerana mengiktiraf filem kami dan hasil kerja Bruce,” tulisnya di Instagram.

Turut disenaraikan dalam kategori itu ialah empat lagi karya lain seperti In The Absence, Learning To Skateboard In A Warzone, Life Overtakes Me and Walk Run Cha-Cha daripada 96 karya yang dipertandingkan.

Karya anak Malaysia itu diarahkan oleh Smriti Mundhra dan Sami Khan tentang gidup Franks Jr sebagai aktivis dan penyanyi rap.

Inspirasi tercetus dalam dirinya untuk menceburi politik selepas insiden remaja keturunan Afrika-Amerika, Michael Brown Jr. ditembak mati polis berkulit putih di Ferguson, Missouri, berhampiran kediaman Frank.

Jom sama-sama kita doakan kejayaan mereka Februari ini!

via GIPHY

Sumber: Says

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement