Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Bukan Gadis Biasa Catat Drama Tontonan Tertinggi Sepanjang Ramadan

Tahniah!

Published

on

Bermula 23 April lalu, drama adaptasi novel Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak mula bersiaran menerusi slot Akasia TV3.

Drama terbitan produksi JS Pictures Sdn Bhd itu turut dibintangi Nazim Othman, Mas Khan, Chacha Maembong, Izdham Ismail, Lia Natalia, Zarul Husin, Ozlynn Waty, Sheila Rusly, Ako Mustapha, Balkishy Semundur Khan, Shajiry dan Ashhry Atan.

Biarpun dikritik dari beberapa segi seperti suntingan, solekan kesan khas dan mempertikaikan lakonan Opah Aminah yang dibawa oleh Sheila Rusly, drama tersebut mampu mencipta magisnya tersendiri.

Buktinya, ia mencatatkan drama tontonan tertinggi sepanjang Ramadan lalu dengan 11 juta penonton sepanjang 28 episod.

Berita gembira itu didedahkan menerusi laman Instagram rasmi TV3 pada Selasa, 2 Jun 2020.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement