Home > #CeriteraKool > Bukan Cari Zarul Nombor Dua, Tapi Mahu Kongsi Pengalaman

Bukan Cari Zarul Nombor Dua, Tapi Mahu Kongsi Pengalaman

Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Zarul Husin menyatakan dia bukan mencari Zarul nombor dua, tetapi menyifatkan pemilihanya sebagai mentor adalah satu penghormatan.

Bekas vokalis Umbrella ini turut mengakui sesetengah daripada mereka sebenarnya memang sudah boleh menyanyi dan mempunyai suara yang bagus.

Jadi saya cuma akan berkongsi dengan mereka pengalaman yang saya ada. Saya bukan mengajar sebaliknya membantu bantu mereka dari segi hala tuju, persembahan, imej dan vokal.

Zarul akan mengalas tanggungjawab sebagai salah seorang mentor dalam program realiti Mentor Otai yang akan bersiaran di TV3, mulai Ahad ini.

Tiga lagi selebriti yang turut terpilih sebagai mentor termasuk Misha Omar, Tam (Spider) dan Siti Sarah.

Mengulas lanjut mengenai lakonannya, Zarul menyatakan dia turut menerima kecaman daripada netizen gara-gara watak yang digalas sebagai suami dalam sebuah drama yang kini hangat ditayangkan.

Namun baginya, dia sudah berjaya menghidupkan watak tersebut sekaligus memberi impak kepada penonton yang mengikuti drama berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Zarul bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Remuk, yang akan dilancarkan pada awal April depan.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply