Semasa & Hiburan
Boyz II Men Kembali Ke Malaysia!
1 Disember di KLCC!
Kumpulan R&B terkenal Boyz II Men kembali ke Malaysia dan menjelajah beberapa negara di Asia bersempena konsert Boyz II Men Asia Tour.
Selepas menamatkan konsert jelajah Amerika Syarikat dan residensi di Las Vegas, pemenang Anugerah Grammy 4 kali itu bakal membuat persembahan di Plenary Hall, KLCC pada 1 Disember 2019 bermula jam 8:30 malam.
Dianggotai 3 penyanyi iaitu Nathan Morris, Shawn Stockman dan Wanya Morris, mereka dijangka menyampaikan lagu-lagu popular seperti I’ll Make Love To You, Motownphilly, End Of The Road dan banyak lagi.
Selain Malaysia, jelajah kumpulan ini termasuklah ke Singapura, Thailand dan Filipina.
Kali terakhir Boyz II Men membuat persembahan di Malaysia ialah pada tahun 2007 di Genting Highlands. Sebelum itu mereka pernah bergabung bersama kumpulan Fugees dan Black Eyed Peas untuk sebuah konsert amal pada tahun 2005 bagi membantu mangsa tsunami.
Boyz II Men pada asalnya mempunyai 4 penyayi, namun, mereka kekal dengan 3 sejak tahun 2003.

Foto WireImage