Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Boleh Plan Dulu! Ini Itinerari Paling Best 4 Hari 3 Malam Di Pulau Jeju

Kita plan dulu! Bila keadaan kembali reda dan pulih, terus book tiket dan fly

Published

on

Annyeonghaseyo!

Bercuti kalau tak plan itinerari ni banyak bezanya dengan bercuti dengan itenari lengkap. Contohnya bila anda sampai sahaja di airport, ke mana ingin anda tuju selepas itu? Hari kedua selepas puas berehat di hotel, lokasi mana yang perlu ada pergi terlebih dahulu? Jika tidak dirancang sejak awal banyak kekalutan akan berlaku dan akhirnya waktu yang sepatutnya diperuntukkan untuk bersuka dan bergembira bertukar hambar dan menyedihkan.

Eh, jangan buat main-main soal itinerari ni tau. Sudahlah anda berhabis wang untuk bercuti, jadi jangan sia-siakan okay? Sebab itulah Kool FM dengan gembiranya nak kongsikan beberapa lokasi untuk anda rancang itinerari anda sepanjang 4 hari 3 malam berada di Pulau Jeju.

Perjalanan menaiki pesawat selama 6 jam dari Kuala Lumpur ke Airport Jeju agak memenatkan sebenarnya. So untuk anda yang memilih untuk berehat sebentar di Hotel setelah tiba silakan, untuk yang dah lapar dan tak sabar nak rasa makanan di Korea, anda boleh singgah sebentar di Dasoni sebuah restoran berkonsepkan sayur-sayuran.

Eh puas ke tengok gambar? Jom tonton video yang ni dulu k:

Eh sebelum tu, bagaimana nak bergerak ke sana-ke sini di Jeju ni? Ha, ramai memilih untuk self-drive atau memandu sendiri di Jeju kerana ia:

  1. Memudahkan perjalanan
  2. Menjimatkan masa
  3. Menjimatkan kos (Sekiranya 4 orang dan ke atas)
  4. Pengalaman baru dan ternyata berbeza
  5. Untuk merasai dan melihat Pulau Jeju yang sebenar dari kaca mata seorang pelancong

Tapi sebelum tu make sure anda ada lessen IDP ( International Driving Permit) okay! Anda boleh memohonnya di JPJ dengan bayaran RM150.

Jusangjeolli cliff

Antara lokasi wajib pergi jika ke Jeju. Ini kerana pemandangan menghadap lautan yang sungguh indah dan waktu best ke sini adalah waktu petang sebab pemandangan matahari terbenam di sini priceless! Uniknya di sini, bentuk batuan berbentuk hexagon dan ia sungguh jelas.

Jusangjeolli Cliff ini adalah antara lokasi yang terkesan dengan letusan gunung berapi suatu ketika dahulu. Letusan lava dari gunung berapi Mt Halla melimpah ke dalam Jungmun Sea sejauh 2km di sepanjang persisiran pantai dari Jungmun ke Daepo di Seongwipo City. Bentuk hexagon pada batuan tersebut terjadi apabila proses pencairan dan penyejukkan lava di dasar laut berlaku.

Waktu operasi: 9 pagi-6 petang

Bayaran masuk: KRW 2,000  (dewasa)/ KRW 1,000  (kanak-kanak)

Sedapnya bila penulis sempat merasai kesedapan waffle sotong cheese yang hanya berharga KRW 3,000. Rasa manis-manis dengan hirisan sotong digabungkan dengan keju mozzarella sungguh enak dimakan ketika panas.

 Gunung Hallasan

Ha, baru bercakap tentang letusan gunung berapi tadi kan? Sekarang jom kita pergi ke lokasi sebenar gunung berapi tersebut. MT. Halla ni adalah gunung berapi tertinggi di South Korea dengan ketinggian 1950 di atas paras laut.

Sesuai untuk anda yang ingin mencuba aktiviti hiking atau mendaki, Eorimok trail adalah trail adalah trail trekking paling pendek di sekitar Hallasan National Park. Masa diperlukan untuk naik dan turun semula hanyalah 1 jam dengan trail sepanjang 1.3km.

Untuk anda yang kurang fit, boleh cuba..tapi pengalaman penulis sepanjang mendaki tu memang mengah juga ya. Hiks!

Namun, segalanya terbayar dengan keindahan pemandangan majestic dari angkasa.

Tangerine Farm di Hueree Natural Park

Orang kata, pergi Jeju tak sah kalau tak petik buah tangerine ni. Memang di sini terkenal dengan buah tangerine dan pelbagai produk juga makanan dihasilkan menggunakan buah ini di Jeju.

Hueree Natural Park ni ada banyak tanaman pokok bunga dan wajib bergambar di sini tau! Di dalam taman bunga tu, anda terdapat ladang tanaman tangerine dan menariknya anda boleh feeling-feeling petik sendiri buah tangerine dan boleh bawa pulang!!!

Dengan bayaran masuk 5,000 Won, anda akan diberikan gunting dan sehelai beg plastik yang cukup untuk membawa pulang dalam 7-8 biji tangerine mengikut saiz yang dipilih. Kalau anda petik tangerine kecil-kecil, banyaklah dapat.

Yello Café

Siapa pergi Korea tak minum susu pisang, anda tersangatlah rugi!!! Untuk yang kurang gemar, tak boleh nak buat apa lah kan..Tapi susu pisang ni sangat sedap dan disebabkan kesedapannya itulah ia menjadi trending dan viral di seantero dunia sehinggakan Kak Lopa kita pun buat bisnes susu pisang kat Malaysia ni.

Yello café ni terletak di Seogwipo dan menariknya konsep café yang sungguh cantik.

Bukan susu pisang sahaja dijual, beberapa lagi menu ada di sini seperti Banana latte, aiskrim pisang, milkshake coklat dengan aiskrim pisang dan pelbagai lagi.

Harga juga berpatutan dengan bermula daripada KRW 3,000 hinggalah ke KRW 20,000.

Seongsan ilchulbong

Lokasi ini adalah tumpuan utama pelancong sebab ia adalah puncak kawah setinggi 180m yang terbentuk daripada letusan gunung berapi berserta air (hydrovolcanic) dari bawah dasar laut ratusan ribu tahun dahulu.

Kawah krater yang terbentuk mempunyai size 600m diameter berserta dinding crater yang condong sebanyak 45darjah. Keadaan muka bumi yang sangat cantik terbentuk melalui proses yg unik ini menyebabkan ia tersenarai sebagai UNESCO World Natural Heritage Site.

Tiket masuk:
Dewasa 5,000 Won
Remaja & Kanak-kanak 2,500 Won
Pendakian dibenarkan bermula jam 7.30pagi – 6ptg sahaja.

Okay, ini hanya sebahagian sahaja lokasi menarik yang sempat penulis kongsikan. Kalau nak lagi, tunggu artikel akan datang berkaitan Jeju ok?

 

 

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement