Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Boleh Ke Wanita Hamil Makan Pedas?

Katanya terdapat kesan buruk

Published

on

Sering kita dengar ayat “tak boleh makan pedas” dalam kalangan wanita hamil kerana kononnya gusar janin ‘kepanasan’, gugur dan cacat akibat pedas yang dimakan oleh si ibu tapi sejauh mana kebenaran hal ini?

Salah seorang doktor Perubatan Am, Dr. Karlina Lestari menjelaskan, makanan pedas tidak memberi kesan pada janin. Cuma akan memberi ketidakselesaan pada si ibu saja.

Sumber: bidadari.my

“Terdapat beberapa kesan buruk yang akan terjadi pada ibu hamil selepas makan pedas seperti mengalamai heartburn seolah-olah terbakar di bahagian dada,”

Bagaimanapun, bergantung pada antibodi seseorang kerana hasil dapatan kajian, 68 peratus ibu mengandung mengalami kontraksi selepas makan pedas pada trimester pertama tapi bergantung pada antibodi seseorang.

Sebaiknya, bila dalam proses mengandung, amalkan makanan sihat dan berkhasiat seperti banyakkan pengambilan sayur-sayuran pelbagai warna untuk nutrisi yang lengkap, susu, air kosong atau buah-buahan untuk proses tumbesaran bayi yang baik serta kekuatan tulang si ibu.

Sumber: lunatots

Harus diingatkan makanan pedas bukan hanya datang dari cili tetapi makanan yang memiliki rasa tajam seperti wasabi dan lada. Apa-apa pun, dapatkan nasihat dari doktor tentang tahap kesihatan anda terutama berkaitan dengan kandungan dan kesihatan badan.

Sumber: sehatqmediacorp

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement