Berita
Boleh Bawa Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan
Pastikan patuh syarat, okay?
Bermula 27 Mei, jumlah penumpang boleh mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat sudah bersetuju untuk membenarkan mereka yang menaiki kenderaan boleh melebihi empat individu dengan syarat ia mengikut kapasiti yang ditetapkan.
“Peraturan itu antara lain membabitkan penumpang bagi kenderaan persendirian yang membolehkan ia dibawa mengikut kapasiti kenderaan masing-masing dikawal mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Bermakna jika kapasiti empat penumpang maka seorang pemandu campur tiga penumpang tetapi bagi kenderaan pelbagai guna (MPV) ia merangkumi seorang pemandu dan enam penumpang, maksimum tujuh orang. Ia akan berkuat kuasa esok (Rabu),” katanya.
Bagaimanapun, katanya mereka harus dari ahli keluarga yang tinggal bersama.
Terdahulu, kerajaan hanya membenarkan empat individu masing-masing tiga penumpang dan pemandu bagi sebuah kenderaan.
Sumber daripada: Harian Metro