Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Berita

BJ Habibie, Mantan Presiden Yang Berjasa

AL-FATIHAH…

Published

on

Presiden ketiga Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie memegang jawatan presiden paling singkat iaitu selama 17 bulan dari Mei 1998 hingga Oktober 1999.

Pada 21 Mei 1998, Habibie menggantikan posisi Suharto selepas beberapa bulan mengalas tanggungjawab sebagai naib presiden mantan pemimpin itu.

Meskipun singkat, banyak perubahan dilakukan beliau terhadap republik itu.

Beliau mencetuskan kontroversi pada Januari 1999, apabila membenarkan Timor Timur melakukan referendum dan memilih sama ada mahu terus bergabung dengan Indonesia atau merdeka.

Timor Timur kemudian berpisah dengan Indonesia selepas rakyatnya mengundi untuk merdeka dan akhirnya mencapai kemerdekaan pada 20 Mei 2002 selepas dikelola oleh United Nations Transitional Administration in East Timor (UNTAET).

Habibie turut dikenali dengan usahanya untuk membangunkan Indonesia sebagai negara berteknologi tinggi dan membina industri pesawat kebangsaan.

Habibie, 83, meninggal dunia pada jam 6 petang waktu tempatan semalam selepas dimasukkan ke Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta, sejak 1 September lalu kerana pelbagai masalah kesihatan termasuk jantung dan buah pinggang.

Mantan presiden itu juga sebelum ini dirawat di Jerman untuk kebocoran injap jantung.

Sumber: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement