Home > Dramatik Kool > Bintang Jatuh

Sinopsis

Daniel Ashraf, namanya tidak menggambarkan perwatakan dirinya. Daniel seorang lelaki yang dianggap loser oleh orang sekelilingnya. Berpewatakan tidak menarik, bertubuh kurus-kering, berkulit gelap, kurang keyakinan diri, tergagap-gagap di depan perempuan dan banyak lagi ciri-ciri yang membuatkan Daniel rasa tersisih.

Daniel mempunyai seorang kawan baik iaitu Pok, Pok juga seperti Daniel, tidak ramai kawan. Pok dan Daniel menggelarkan diri mereka lelaki yang anti wanita, terutamanya wanita cantik yang sombong. Pada suatu hari ketika Daniel sedang lepak di taman sambil memerhatikan bintang di langit, tiba-tiba seorang perempuan pengsan di depan Daniel. Perempuan tersebut seorang yang sangat cantik pada pandangan Daniel. Daniel menghantar perempuan itu (Tasha) ke hospital.

 

Sejak kejadian itu Daniel semakin rapat dengan Tasha. Sehinggalah pada suatu hari Tasha memberitahu Daniel bahawa dia menganggap Daniel sebagai teman lelakinya, Daniel pengsan akibat terkejut. Pok pula tidak dapat menerima kehadiran Tasha dalam hidup Daniel. Pok yakin, Tasha sebenarnya cuma ingin mempermainkan Daniel. Manakala Daniel pula sangat bahagia, seperti bintang jatuh ke riba. Daniel sangat sayangkan Tasha dan menurut sahaja rentak Tasha. Tasha pula selalu menyiksa Daniel dengan perangainya yang diva. Pok semakin benci pada Tasha dan selalu menghasut Daniel supaya putus dengan Tasha. Tapi Daniel sanggup putuskan persahabatannya dengan Pok, semata-mata kerana Tasha.

 

Semakin lama, perangai Tasha makin menjadi-jadi. Tasha makin mengada-ngada, queen control, cemburu buta dan buat macam-macam perangai pelik. Sehinggalah hidup Daniel menjadi huru-hara dan merana. Akhirnya Daniel putuskan hubungan dengan Tasha. Tasha terkejut dan tak sangka Daniel tergamak tinggalkan dia. Daniel dan Pok kembali bersahabat.

Dalam masa yang sama keluarga Daniel kenalkan Daniel dengan seorang perempuan, perempuan tersebut berpewatakan biasa-biasa saja, tetapi berperangai buruk. Daniel rindu pada Tasha. Dalam masa yang sama Tasha juga rindu pada Daniel. Tasha sedar yang selama ini dia tak patut layan Daniel seteruk itu. Pok mengambil keputusan untuk menyatukan semula Daniel dan Tasha.

 

 

 

Watak & Perwatakan

 

Mamak Puteh (Daniel Ashraf)

Berusia lingkungan 20-an. Dianggap loser oleh orang sekelilingnya. Berpewatakan tidak menarik, bertubuh kurus-kering, berkulit gelap, kurang keyakinan diri, tergagap-gagap di depan perempuan. Seorang yang sopan, penyayang, baik hati dan selalu mengalah. Seorang sahabat yang baik.

 

Ali Puteh (Pok)

Berusia lingkungan 20-an. Kawan baik kepada Daniel. Seorang yang suka berfikiran negatif, tidak ramai kawan, anti perempuan, suka menghasut dan selalu menganggap dirinya saja yang betul. Seorang kawan yang setia, suka memberi nasihat dan mengambil berat tentang orang lain.

 

Rea Kool FM (Tasha)

Berusia 20-an. Seorang yang cantik, lemah-lembut, manja, mengada-ngada dan adakalanya suka berperangai diva. Serik bercinta dengan lelaki kacak, kerana sering ditinggalkan. Berazam untuk mencari lelaki yang biasa-biasa saja sebagai teman lelaki. Suka mengarah, tidak pandai memasak, cemburu buta dan suka berimaginasi.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply