Connect with us

Berita

"Bincang Subjek Pendidikan Seks." – Hannah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berbincang dengan dengan Kementerian Pendidikan bagi mewujudkan mata pelajaran pendidikan seks dalam kalangan pelajar

Published

on

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berbincang dengan dengan Kementerian Pendidikan bagi mewujudkan mata pelajaran pendidikan seks dalam kalangan pelajar.
Menerusi akhbar BH hari ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, berdasarkan rekod dan statistik, sebanyak 9% daripada jumlah keseluruhan pelajar di kelas peralihan di Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh negara dikesan aktif dalam hubungan seks.

(SUMBER: BH)
Katanya, beliau sendiri akan berbincang dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Ni Ching, dalam masa terdekat.
Hannah berkata,

“Pada masa ini, semua pihak harus bekerjasama dan berkongsi idea dalam mengatasi gejala hubungan seks dalam kalangan pelajar.”

Menurut Hannah lagi, satu jalan penyelesaian akan diputuskan bagi memastikan mata pelajaran pendidikan seks dapat dilaksanakan di semua peringkat sekolah.

“Pendidikan seks di peringkat sekolah mengikut perkembangan semasa amat penting terutama dalam era media social. Remaja seawal 13 tahun dah tahu tentang apa itu seks, dan mereka perlu diberikan maklumat yang betul.”

Antara skop yang patut diberi perhatian ialah:

  • Murid tahap satu (Tahun Satu, Tahun Dua dan Tahun Tiga)  – Perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata tidak kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri dan pengurusan perasaan
  • Murid tahap dua (Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam) – Bagaimana mengurus konflik, perubahan fizikal, akil baligh, sistem reproduktif, kemahiran memelihara kehormatan diri, risiko hubungan seks sebelum nikah, jangkitan penyakit seksual, serta kemahiran berkata tidak
  • Sekolah Menengah (peringkat rendah) – Pendedahan  kecekapan psikososial, pengurusan tekanan, jangkitan penyakit seksual, perkembangan sifat seksual sekunder, identiti dan orientasi seksual, perhubungan serta kesan buruk rokok, alkohol dan dadah.
  • Sekolah Menengah (peringkat atas) – Pendedahan kemahiran kecekapan psikososial, kestabilan emosi dan mental, kehamilan remaja, kekeluargaan, jangkitan penyakit seksual, langkah pengawalan dan pecegahan rokok, alkohol dan dadah.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement