Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

“Bila Dah Lalui Saya Rasa Berat Nak Bagitahu…” – Pesanan Penting Dari Alif Satar

“Sekarang ni jagalah kesihatan baik-baik,”

Published

on

Kecoh dunia industri dengan pengkhabaran pelakon dan penyanyi hebat, Alif Satar apabila disahkan positif COVID19.

Berikutan itu pada pagi semalam, Kool FM bercakap sendiri dengan pelantun lagu Sesungguhnya Aku itu tentang apakah cerita sebenar memandangkan banyak pihak terkesan antaranya pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik-35 terpaksa dibatalkan dan ramai ahli keluarganya positif COVID-19.

Sumber: instagrammuzikmuzik

Menurut Alif, ramai orang salah anggap dirinya tidak kuarantin tapi sebenarnya waktu buat pertama kali swab test disebabkan atas dasar penggambaran dan waktu tu keputusan negatif.

“Tapi, lepas je buat persembahan malam tu. Esoknya waktu gerak Melaka untuk shooting, ayah saya telefon bagitahu pakcik dan sepupu saya positif COVID-19 dan automatik kitaorang kontak rapat sebab duduk Kondo sama. Saya terus cakap dengan team production saya tak boleh buat pengambaran sebab dah ada kontak rapat.

Dari situlah bermula saya tahu saya positif COVID-19 tapi nasib baik keluarga saya negatif walaupun sekarang mereka tetap kena kuarantin dekat rumah,” jelasnya keadaan sebenar.

Sumber: instagram

Bagaimanapun, pada akhir perbualan, pelakon drama bersiri Pia itu mengingatkan kepada orang ramai agar jaga kesihatan lebih-lebih lagi pada mereka yang muda supaya jauhi tabiat merokok.

“SOP ketat macam mana pun tapi virus tu tetap di mana-mana. Jadi, kita kena terus jaga imun sistem kita, makan benda-benda yang sihat dan lagi satu bila kita sendiri dah lalui ni, Alif nak pesan.

Walaupun berat sangat nak bagitahu tapi kena bagitahu. Kepada perokok di luar sana tu boleh berhentilah sekarang sebab benda pertama sekali doktor tanya bila dijangkiti COVID-19 ni ‘you hisap rokok tak?’.

Kalau hisap memang akan jadi satu benda berat di mana doktor akan sentiasa pantau. Mula saat sekarang ni, jagalah kesihatan baik-baik,” pesannya.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, anda boleh klik senarai artikel berikut:

Pentas Muzik-Muzik 35 Ditunda Sebab Alif Satar Positif COVID-19

‘Apa Yang Tak Sopan?’ – Alif Satar Bidas Kecaman Sandar & Julur Kaki Dalam Masjid

 

 

 

 

Sumber: koolchat

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement