Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

“Bila Abang Sendiri Bagi Ceramah” Nadzmi Adhwa Beri Renungan Tajam

Memang lucu!

Published

on

Masih ingatkah aktiviti kita dikolej? Biasanya ada konsert, sukan dan tidak terkecuali juga ceramah yang dipenuhi dengan info serta malumat yang berguna.

Tapi bila cakap pasal ceramah, mesti ada sesetengah pelajar akan mudah berasa mengantuk, bosan dan tidak boleh fokus.

Tapi lain pula ceritanya dengan pelajar ini apabila abangnya sendiri diundang sebagai salah seorang penceramah sebuah program anjuran universitinya baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, dia juga sempat merakam sedikit aksi selebriti lelaki tersebut dari bawah pentas.

Difahamkan video yang dirakam oleh adik kepada pelakon, Nadzmi Adhwa iaitu Nadzmin Adam telah tular di Twitter gara-gara aksi dua beradik ini yang sempat berbalas pandangan antara satu sama lain sewaktu sesi ceramah sedang berlangsung.

Jika diperhatikan pada video yang dirakam itu, Nadzmi ternyata pantas menyedari perbuatan adiknya.

Mungkin mahu bergurau sesama adik beradik, tetapi aksi spontan bila mana pelakon itu mendongak-dongak kepala saat kamera diacukan kepadanya itu sangat lucu.

Mana tidaknya, orang lain nampak fokus mendengar ceramah, mereka sempat lagi ‘mengusik’ satu sama lain.

Menerusi bahagian komen pula ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap babak termasuk. Rata-rata berasa terhibur malah tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mendengar ceramah sewaktu zaman belajar dulu.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement