Home > #CeriteraKool > ‘BIG NO’ yang anda perlu tahu ketika hamil

‘BIG NO’ yang anda perlu tahu ketika hamil

Biasalah ketika hamil ni banyak pantang larang yang perlu kita patuhi. Dalam banyak-banyak pantang larang, perkara di bawah ini adalah paling penting untuk anda tahu agar anda dan bayi dapat menjalani proses kehamilan dengan selamat.

 

Kucing

Anda perlu berhati-hati jika anda memiliki kucing di rumah kerana terdapat sejenis parasite yang mmebiak di dalam usus kucing kemudiannya dikeluarkan menerusi najis. Parasit tersebut dikenali sebagai toxoplasma. Ia tidak membahayakan kepada manusia TETAPI bahaya kepada bayi di dalam kandungan kerana boleh mneyebabkan masalah serius seperti masalah saraf.

 

Rokok dan alkohol

Ini sudah terang lagi jelas akan bahayanya. Namun masih ada lagi yang memandang enteng. Si ibu tidak boleh merokok juga minum minuman beralkohol kerana sangaaat bahaya kepada bayi.

 

Barangan kosmetik

Wanita dan kecantikkan sememangnya tidak dapat dipisahkan.  Namun, perlu diingat barangan kosmetik seperti bedak, lipstick, serta krim muka mempunyai kandungan bahan kimianya tersendiri. Pastikan anda periksa terlebih dahulu kandungan produk kosmetik tersebut sebelum menggunakannya agar ia tidak membahayakan bayi kesayangan anda.

 

Makanan mentah

Ia mungkin bukan kegemaran ramai, namun ada diantara kita yang suka akan makanan mentah seperti sushi dengan ikan salmon, atau steak yang tidak dimasak sepenuhnya. Makanan seperti ini mempunyai bakteria yang masih hidup yang mungkin akan menhehaskan kesihatan bayi di dalma kandungan.

 

 

 

 

Sumber: majalahpama

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply