Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Bidin Paranormal

Sinopsis

Bidin (Ropie) seorang penduduk Kampung Talang, yang taksub dengan paranormal, makluk halus, alam bunian, makhluk asing dan sebagainya. Bidin juga terkenal sebagai seorang yang suka ambil tahu segala yang berlaku di sekelilingnya. Bidin kurang disenangi kerana perangainya yang suka tunjuk bagus dan propa. Bidin tidak puas hati dengan dua orang adik-beradik yang baru datang ke Kampung Talang iaitu Daud (AG) dan Ghazali (Muaz). Daud dan Ghazali tinggal di rumah Arwah Mak Timah, mereka berjiran dengan Chah (Haiza). Chah merupakan gadis pujaan di Kampung Talang, dan turut digilai oleh Bidin. Dari hari ke hari Bidin selalu mengintip gerak-geri Daud serta Ghazali, kerana Bindin cemburu pada mereka berdua. Manakala dalam masa yang sama Daud dan Ghazali sebenarnya merupakan perisik yang datang ke Kampung Talang bagi menjalankan misi rahsia. Daud dan Ghazali menyamar sebagai adik-beradik bagi mengaburi mata penduduk kampung. Suatu hari Bidin dijumpai pengsan di bawah pokok bacang kerana tersampuk makhluk halus. Sejak kejadian tersebut Bidin beria-ia menyebarkan cerita kononnya dia terserempak dengan alien. Penduduk kampung yang masak dengan perangai Bidin yang sukakan perhatian, tidak menghiraukannya. Bidin tidak puas hati dan bersungguh-sungguh cuba menegakkan benang yang basah, supaya penduduk kampung percaya bahawa ada alien di Kampung Talang. Dalam masa yang sama Chah cuba menggoda Daud dan Ghazali, namun cintanya tidak berbalas. Apakah misi rahsia Daud dan Ghazali di Kampung Talang? Adakah Bidin akan menggagalkan misi mereka?

Watak & Perwatakan

Bidin (Ropie)

Berusia lingkungan 30-an, bujang, taksub dengan paranormal, makluk halus, alam bunian dan makhluk asing.

Daud & Ghazali (AG & Muaz)

Dua orang perisik yang datang ke Kampung Talang bagi menjalankan satu misi rahsia.

Chah (Haiza)

Gadis pujaan di Kampung Talang yang bercita-cita untuk mencari jodoh yang berasal dari negeri lain.

Tok Ketua (Ezaq)

Ketua Kampung di Kampung Talang

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement