Connect with us

Hiburan

Biarpun Kaki Terseliuh, Fattah Amin Tetap…

Semoga Fattah cepat sembuh!

Published

on

Pelakon terkenal Fattah Amin mengalami sedikit kecederaan di pergelangan kakinya apabila terseliuh  ketika menjalani penggambaran filem Deleted, Isnin lalu.

Difahamkan, insiden itu berlaku gara-gara dia tersalah langkah terpijak batu.

“Sebenarnya salah saya sendiri ketika scene kejar mengejar saya tersalah pijak batu dan pergelangan kaki saya terseliuh,” kata Fattah.

Walaupun dalam keadaan sakit, Fattah tetap membuat kemunculan di KLFW 2019 dengan kaki yang terhincut-hincut.

“Nak diikutkan berjalan pun saya tak boleh sebab terlalu sakit. Jadi, saya hanya makan ubat penahan sakit untuk membolehkan saya berjalan di pentas KLFW memandangkan ini kali pertama jenama saya sendiri, Fattastic muncul di KLFW,” ujarnya lagi.

Didoakan semoga Fattah cepat sembuh.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement