Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Donna

Biar Betul Rempah Ratus Boleh Hapuskan Jerawat Sekelip Mata?

“Umum mengetahui menggunakan bahan semulajadi untuk mencantikan kulit telah diakui oleh zaman berzaman lagi.”

Published

on

“Umum mengetahui menggunakan bahan semulajadi untuk mencantikan kulit telah diakui oleh zaman berzaman lagi.”

Banyak tumbuh-tumbuhan dan rempah-ratus yang diketahui mengandungi bahan yang baik untuk mencantikkan kulit. Antara rempah ratus yang Donna nak kongsikan bersama anda adalah…
 
MANJAKANI

Sumber Foto: Google Image

Manjakani boleh menyelesaikan masalah jerawat yang melanda. Caranya rebus beberapa biji manjakani sehingga lembut. Kemudian picit manjakani sehingga mengeluarkan lendir ataupun getah, lumurkan getah itu di seluruh muka dan anggota badan. Biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih.
 
HALIA

Sumber Foto: ru.kisspng

Halia juga boleh nyahkan jerawat yang tumbuh kerana kandungannya mampu mengembalikan daya hidup kulit tanpa menyebabkan iritasi atau keradangan. Oleskan hirisan halia segar yang disagat nipis pada kulit yang sudah dibersihkan. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas dengan air.
 
BUNGA CENGKIH

Sumber Foto: Google Image

Cengkih mengandung polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan dan bersifat antikuman. Cengkih boleh menjadi pencuci yang efektif untuk membersihkan kulit daripada sisa solekan dan mengapuskan bakteria penyebab jerawat. Caranya kisar kering bunga cengkih, tambah sedikit air suam kemudian jadikan seperti masker.
Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement