Connect with us
alt_img>

Donna

Betul Ke Orang Kata Kalau Berkahwin Anak Sulung Dengan Anak Bongsu Serasi?

Jodoh, ajal dan maut itu memang ketentuan Tuhan.

Published

on

Jodoh, ajal dan maut itu memang ketentuan Tuhan.

Seperti juga dengan perkahwinan, semuanya sudah tertulis anda perlu melayari bahtera itu dengan sebaik mungkin. Meredah onak dan duri demi mendapat kebahagian yang hakiki. Ada juga beranggapan kadangkala pasangan yang dipilih salah dan menjadi asbab rumahtangga tidak kekal lama. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga. Biasalah orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup.

Hubungan kasih sayang
Mereka beranggapan anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala. Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian. Mereka ini dikatakan pasangan yang akan ‘panas’ dan susah untuk serasi. Betul ke? Jom semak apa lagi andaian yang dikaitkan hanya melihat melalui kedudukan atau pangkat dalam keluarga.
Anak Sulung Dengan Anak Sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Anak Sulung Dengan Anak Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya.
Anak Sulung Dengan Anak Bongsu

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan menjadi lebih dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan seperti sikap keanak-anakan.
 
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement