Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Betul ke korang lebih suka lelaki tinggi?

Published

on


KALAU ditanya mana-mana perempuan tentang apakah ciri lelaki idaman mereka. Mesti korang akan mendengar pelbagai jawapan. Kebanyakan wanita nak lelaki yang fizikalnya lebih tinggi daripada mereka. Tapi, pernah tak korang terfikir, kenapa agaknya kita cenderung nak lelaki lebih tinggi? Lelaki pendek tak kacak ke?

Sebenarnya ramai juga yang percaya lelaki yang tinggi ini memiliki potensi kepimpinan yang lebih baik kerana rasa percaya mereka yang tinggi. Bukan itu sahaja. Mereka dianggap sebagai seorang yang tidak cepat cemburu.

via GIPHY

Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh ahli psikologi Gert Stulp, Abraham Buunk dan Thomas Pollet menyatakan perempuan memang cenderung untuk memilih lelaki yang lebih tinggi daripada mereka.

Bukan perempuan sahaja, lelaki pun sebenarnya lebih memilih untuk lebih tinggi daripada perempuan. Mereka akan cari pasangan yang lebih pendek sekitar 7cm. Perempuan pula kalau boleh nak lelaki yang 20 cm lebih tinggi daripadanya.

Ramai berpendapat lelaki yang lebih tinggi dianggap lebih kuat dan mampu melindungi ahli keluarga daripada ancaman fizikal. Ramai yang mengaitkan mereka dengan kekuatan, kecepatan dan kepandaian walaupun tak semua lelaki tinggi seperti ini.

via GIPHY

Oleh sebab ramai yang cakap lelaki tinggi ini nampak lebih kuat, sebab itulah mereka sentiasa rasa mereka lebih yakin diri.

Jadi, kalau nak disimpulkan. Sebenarnya tak semua orang pun suka lelaki tinggi sebenarnya. Lagipun tinjauan ini dibuat bedasarkan kepada kecenderungan apa yang mereka inginkan. Alah, kalau kita dah suka dekat seseorang. Pendek ke tinggi ke, kita terima saja.

Sumber: CNN Indonesia

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement