Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Beruntung Anak 2020 Sebab Dapat Vaksin Pneumokokal Percuma!

Published

on


Kepentingan vaksin kini jelas terbukti malah kini ramai ibu bapa bertindak menyediakan perlindungan awal kepada anak-anak dengan memberikan vaksin demi kepentingan kesihatan. Malangnya tidak semua vaksin itu murah dan hanya beberapa jenis vaksin sahaja diberikan percuma kepada bayi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sudahlah harganya mahal, sesetengah vaksin juga perlu diberikan secara berkala untuk memastikan keberkesanannya.

Memahami kehendak dan situasi dialami rakyat, Kementerian Kesihatan baru-baru ini berkongsi berita gembira dengan merancang untuk melaksanakan program suntikan vaksin pneumokokal secara percuma khusus kepada bayi yang lahir bermula Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, setakat ini mereka yang layak diberikan suntikan percuma adalah bayi yang baru lahir bermula 1 Januari 2020.

“Kita masih dalam proses perolehan ubat (vaksin) berkenaan agar selepas itu ia boleh diedarkan kepada semua klinik dan hospital.

“Jadi, kita menjangkakan pelaksanaan program suntikan itu akan bermula sekurang-kurang pada Jun ini,” katanya.

Dr Lee bagaimanapun berkata, suntikan percuma itu bagaimanapun tidak dapat diberikan kepada bayi yang lahir sebelum 1 Januari tahun ini kerana peruntukkan tidak termasuk dalam Belanjawan 2020.

Pneumokokal semakin aktif menyerang

Penyakit pneumokokal adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Streptococcus pneumoniae . Ia menjangkiti semua golongan umur tetapi lebih sering menjangkiti kanak-kanak dan warga tua. Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan termasuk jangkitan/radang paru-paru , meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak) , sepsis ( jangkitan dalam darah) , sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media ( jangkitan telinga tengah ).

Di Malaysia , penyakit pneumokokal adalah sangat kerap dan merupakan penyakit yang boleh dicegah melalui pelalian. Penyakit pneumokokal adalah serius dan boleh membawa maut , justeru itu, langkah-langkah pencegahan seperti pelalian adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit pneumokokal. Malah pelalian merupakan baris pertahanan pertama menentang jangkitan. Vaksin boleh membantu melindungi daripada penyakit yang serius , komplikasi jangkitan disamping menyelamatkan nyawa.

Sumber: myhealth.gov, Hmetro

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement