Connect with us
Kool FM

Berita

Bertuah! Wanita Jumpa Muntah Ikan Paus Bernilai RM1.05 Juta

Seorang wanita di Thailand ini masih tidak percaya dengan nasib baiknya setelah menemui ketulan muntah ikan paus bernilai hampir RM1.05 juta ketika dia berjalan-jalan di pantai yang berhampiran rumahnya.

Published

on

Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu! Inilah perumpamaan yang mungkin sesuai untuk wanita ini apabila dia secara tidak sengaja telah menjumpai muntah yang luar biasa. Seorang wanita di Thailand ini masih tidak percaya dengan nasib baiknya setelah menemui ketulan muntah ikan paus bernilai hampir RM1.05 juta ketika dia berjalan-jalan di pantai yang berhampiran rumahnya.

Wanita yang bernama Siriporn Niamrin ini menceritakan bahawa kejadian penemuan muntah ikan paus tersebut berlaku selepas hujan ribut. Dia kemudiannya ternampak ketulan tersebut yang dipukul ombak di wilayahh Nakhon Si Thammarat pada 23 Februari lalu. Dia terus memeriksa objek tersebut dan mendapati baunya seperti ikan lalu dibawa pulang ke rumah kerana percaya dia mungkin menemui sesuatu yang amat berharga.

Menurut laporan, Siriporn telah meminta bantuan jiran untuk memeriksa objek tersebut dan menjadi semakin terkejutnya apabila dia dimaklumkan bahawa objek itu adalah ketulan muntah ikan paus atau nama lainnya, ambergris. Tuah yang tidak disangka!

Ambergris yang ditemui itu berukuran lebar 12 inci dan panjang 24 inci dengan berat 6.8 kilogram dianggarkan bernilai RM1.05 juta. Bagi mengesahkan objek itu adalah ambergris, Siriporn dan jirannya membakar objek tersebut menyebabkan sebahagiannya cair sebelum kembali mengeras. Siriporn kini sedang menunggu pakar datang ke rumahnya untuk membuat pengesahan objek tersebut yang biasanya digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi.

Bagaimanapun, Siriporn menjelaskan bahawa dengan penemuan ini dia akan gunakannya untuk membantu komuniti mencari pembelinya. Dia berasa sangat bertuah kerana dapat menemui ketulan ambergris bersaiz besar dan harapkan ia mampu memberi pulangan wang yang bagus kepadanya. Buat masa ini Siriporn menyimpan ketulan itu dirumahnya dan menunggu pihak pakar datang untuk memeriksa ketulan itu.

Sebagai maklumat tambahan, muntah paus ialah sejenis pepejal kekelabuan yang berlilin dan mudah terbakar dihasilkan daripada rembesan dalaman saluran hempedu paus sperma. Pada awalnya ia akan berbau hanyir namun lama-kelamaan mereput menghasilkan bau wangi dan lazim digunakan dalam minyak wangi sebagai pengikat kepada bahan wangian yang boleh mengekalkan haruman dihasilkan pada tempoh yang sangat lama.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Muntah Ikan Paus Ditemui Nelayan Bernilai RM1.16 Juta? Ini Sebab Ianya Amat Bernilai

Wanita Guna ‘Gorilla Glue’ Untuk Cantikkan Rambut, Terpaksa Terima Rawatan Di Hospital

Sumber: Daily Mail

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement