Bersedekah Biar Ikhlas, Jangan Jadi Macam Pemuda Ini | Kool FM
Home > CeriteraKool > Bersedekah Biar Ikhlas, Jangan Jadi Macam Pemuda Ini

Bersedekah Biar Ikhlas, Jangan Jadi Macam Pemuda Ini

/
09 Jun 2017
/ /

Derma merupakan sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain.

Menurut Kamus Dewan, derma bermaksud bantuan yang berupa wang iaitu kepada perkumpulan dan lain-lain juga diertikan sebagai pemberian ikhlas.

Namun, masih ada lagi masyarakat yang tidak kira la datang dari negara mana sekalipun, tua mahupun millenialis, bila nak derma ataupun sudah menderma mesti nak tunjuk yang mereka dah berbuat demikian.

Video dibawah ini merupakan contoh mahu bersedekah, tapi….

Nak derma biar ikhlas.

Posted by on Monday, 5 June 2017

Haaaa kan dah tak pasal-pasal melepas 100,000 juta rupiah (RM300).

Guys, niat nak derma tu dah ok. Tapi, apa kata kita simpan sendiri perkara baik yang kita nak buat atau dah buat sama macam kita sembunyikan aib kita selama ini.

Bagaimanapun, list dibawah adalah kebaikan dan kemuliaan orang yang menderma untuk dijadikan panduan dan pengajaran.

KEBAIKAN MENDERMA:-

  • Dapat menyucikan harta yang ada
  • Boleh membantu golongan fakir miskin
  • Menyemai rasa kasih sayang
  • Mampu jadikan harta lebih diberkati dan diperluaskan lagi rezeki

KEMULIAAN ORANG YANG MENDERMA BAGI MUSLIM:-

  • Menjadi penaung di akhirat apabila berada di Padang Mahsyar
  • Diringankan hisab di akhirat
  • Menambah berat timbangan amalan kebaikan di akhirat
  • Memudahkan laluan di Titian Siratul Mustaqim

Menderma dalam konsep Islam bukan sekadar membantu golongan miskin dan mereka yang ditimpa musibah, malahan juga boleh dibuat melalui pembiayaan pembinaan rumah anak-anak yatim, golongan orang kurang upaya dan warga emas.

Sumber dari: Samudera Ilmu

Leave a Reply