Semasa & Hiburan
Berkat Sabar & Tabah, Isteri Abam Berjaya Buka Kedai Cempedak Goreng
Nor Hidayah atau lebih mesra dikenali Dayah untuk tidak terus berjuang membesarkan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Pejam celik pejam celik sudah tujuh bulan pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey dan sepanjang tempoh itu juga ketengangan antara isteri Allahyarham, Nor Hidayah dan adik arwah, Ali Puteh masih belum reda.
Tapi itu bukan menjadi isu utama untuk Nor Hidayah atau lebih mesra dikenali Dayah untuk tidak terus berjuang membesarkan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Kini selepas lima bulan sabar dengan pelbagai ujian yang menimpa, Dayah akhirnya kongsikan berita gembira kepada orang ramai tentang hasil titik peluhnya selepas lima bulan berniaga melalui posting instagram miliknya.
Pihak Koolfm doakan supaya perniagaan isteri abam makin maju dan berkembang dengan jayanya supaya dapat membesarkan anak tunggal tanpa mengharapkan bantuan dari orang lain.
Sumber: instagram