Connect with us
alt_img>

Hiburan

Berkarya Sebab Nak Popular? Ramli Sarip Nasihat Komposer Muda

Buat lagu perlu pengorbanan, kata otai

Published

on

Penyanyi otai Datuk Ramli Sarip mahu komposer muda supaya tidak takut menghasilkan lagu yang membawa tema tertentu kerana ia mampu memberi nilai tambah dalam perkembangan karier muzik mereka.

Ramli berkata, mereka tidak seharusnya gentar jika lagu dihasilkan tidak popular seperti sentuhan komersial lain kerana berdasarkan pengalamannya, lagu seperti itu mempunyai pengikut tersendiri dan bakal menjadi malar segar.
“Saya pernah membuat lagu berjudul Ramadan sekitar 30 tahun lalu. Walaupun ramai yang meminta saya menghasilkan lagu raya, saya mengelak kerana bagi saya, Ramadan lebih penting.
“Atas alasan itu, saya hasilkan lagu kerohanian. Walaupun bukan lagu popular semasa, setiap kali Ramadan menjelang, ia pasti menjadi pilihan untuk disiarkan di stesen radio.”
“Kita menghasilkan lagu bukan semata-mata mahu popular. Ia perlukan pengorbanan, 60 peratus diberikan kepada peminat, manakala bakinya untuk diri sendiri.”
Dalam perkembangan lain, bekas vokalis kumpulan Sweet Charity ini turut melahirkan kebimbangan terhadap aliran penghasilan single dalam kalangan penyanyi muda kerana budaya itu memberi kesan terhadap jangka hayat kerjaya seni mereka.
Dia juga bertanya, bagaimana mereka mahu bertahan lama dalam industri jika himpunan lagu boleh dibilang dengan jari?
“Penyanyi perlu ada banyak bahan. Untuk apa bertahan sehingga 35 tahun, tetapi cuma ada satu atau dua album. Bagaimana pula jika mahu membuat persembahan selama sejam atau dua jika hanya mempunyai satu atau dua lagu popular?”

Sumber : Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement