Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Berkait Rapat Dengan Kehidupan , “Aku Bidadari Syurgamu” Undang Sebak Pendengar

Mesej dia deep!

Published

on

 

Daripada komen yang ditinggalkan oleh dua pendengar di atas, dapat disimpulkan bahawa lagu baharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Aku Bidadari Syurgamu nyata memberi kesan yang amat mendalam buat mereka berdua.

Ini kerana ia amat berkait rapat dengan kehidupan seharian seseorang individu, situasi semasa yang dihadapi dan dalam masa yang sama kehilangan orang tersayang.

Video muzik arahan Amir Johari yang dimuat naik di laman YouTube itu turut menerima pujian daripada segi ‘camera works’, sinematografi, lighting dan suntingan.

Sehingga kini, lagu ciptaan Ippo Hafiz itu juga telah meraih lebih daripada 100,000 jumlah tontonan tidak sampai 24 jam ia dimuat naik.

Menerusi video muzik lagu tersebut, Siti lari daripada landskap cinta cliche dan kebanyakan karya yang dihasilkan bersifat kemasyarakatan, nasihat serta kekeluargaan.

Lagu ini juga menjadi runut bunyi bagi drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 yang masih disiarkan melalui saluran TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 petang.

7 Hari Mencintaiku 2 dibarisi pelakon hebat termasuk Siti Saleha, Shukri Yahaya, Lizza Abdulla, Wan Sharmila, Syazwan Zulkefli, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement