Connect with us
Kool FM

Gaya Hidup

Apa Tanda Kalau Hubungan Suami Isteri Asyik Datang Musibah?

Perkongsian daripada Ustaz Kazim Elias.

Published

on

Baca tajuk sudah cukup berat untuk bincangkan topik kali iniTipulah kalau kata sesebuah rumah tangga tak ada dugaan kerana dugaan itu datang dalam bentuk yang berbeza.

Itulah realiti setiap pasangan suami isteri yang kena lalui dalam dunia perkahwinan. Jelas, perkahwinan bukan perkara mainan kerana memerlukan dua insan yang bertanggungjawab, tolak ansur dan beri effort untuk bina ‘masjid’ yang dibina.

via GIPHY

Apa bentuk ujian yang datang?

Kena ingat, setiap apa yang kita rancang tak semua akan berjalan dengan lancar. Pasti ada turun naik tapi itulah yang membuatkan rumah tangga lebih bahagia dan manis jika berjaya mengharungi ujian dan dugaan.

Cuma, mungkin ada yang mengambil negatif bila sesuatu menimpa. Jangan begitu… Menurut perkongsian daripada salah seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias, musibah dalam perkahwinan datang dengan tiga bentuk iaitu ujian, teguran dan bala. Setiap satunya, ada sesuatu yang Allah nak tunjuk pada kita.

“Bagi musibah bentuk ujian, selalunya untuk mereka yang beriman. Contohnya, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Itu ujian untuk dia sekaligus dapat mengangkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi.

Sumber: cariangoogle

Keduanya, teguran. Musibah ini sebab Allah nak tegur supaya kita balik semula kepada melakukan kebaikan. Contoh situasi, sedang sibuk mencari rezeki kejar duit sana sini tiba-tiba satu kemalangan berlaku sehingga tak boleh cari punca rezeki. Itu maknanya teguran kita ni mungkin solat selalu tinggal atau gagal melaksanakan tanggungjawab seorang suami atau isteri dengan baik,” terangnya.

Tambahnya lagi, musibah terakhir adalah dalam bentuk bala atau azab. Dalam perkahwinan, jika kita inginkan ketenangan, kita kena redha dan sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Bila kita mengeluh dan merungut, Allah akan datangkan lagi bala. Kalau sebaliknya, Allah akan gantikan perkara yang lebih baik.

Itulah ringkasan yang kami dapat kongsikan apa yang Ustaz Kazim Elias beritahu dalam satu majlis agama. Sekarang, cuba fikir balik sepanjang anda mendirikan rumah tangga, apa yang sebenarnya Allah nak tunjuk?

Jangan jadikan penceraian adalah jalan terbaik. Cuba ubah diri ke arah lebih baik, istiqamah dan ikhlas melakukan sesuatu. Jika gagal dapatkan nasihat dari orang yang lebih arif, bukan dari keluarga, jiran sebelah atau kawan baik.

 

 

 

Untuk bacaan artikel lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Sebelum Seronok Timang Anak Pertama, Minta Suami Belajar Cuci Uri Dengan Betul

Suami isteri sengaja tanggal gelang kuarantin ditahan

 

 

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement