Connect with us
Carta Spotlite Kool

Gaya Hidup

Berhenti Letak Harapan Tinggi Dalam Perkahwinan, Lebih Baik ‘Enjoy The Moment’!

Published

on


Sifat wanita memang tak lari daripada ‘perfection’ dan sangat terperinci orangnya. Begitu juga dengan sebuah perkahwinan, kebanyakan wanita sering meletakkan high expectation berbanding kaum lelaki. Haa, sebab itu lah wanita mudah kecewa, percaya tak? Ini kerana apabila sesuatu hubungan tidak berjalan dengar lancar, maka diri sendiri yang makan hati.

Tidak kisah dari segi apa pun baik kerjaya mahupun rumah tangga kebiasaannya wanita akan mengharapkan segala perkara akan berjalan dengar lancar dan seperti digambarkan walaupun perkara itu belum terjadi lagi. Anda mungkin bertuah sekiranya ia dalam keadaan baik sahaja tapi jika sebarang perkara terjadi anda akan cuba menyalahkan orang lain atau diri sendiri.

Image result for peluk suami

Sumber: keluarga

Bercinta Dengan Berkahwin Tak Sama

Mana ada suami yang sempurna! Kehidupan selepas kahwin sangat la berbeza jika nak dibandingkan ketika anda bercinta dengan pasangan. Elak untuk merasakan bahawa pasangan anda dapat memenuhi kehendak dan faham dengan situasi anda setiap masa.

Sebagai contoh sebelum kahwin mungkin si dia akan turuti sahaja apa yang anda mahukan tetapi tidak lagi bila dah sudah berkahwin kerana banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum melakukan sesuatu. Bukankah lebih baik jika anda menikmati segala perkara bersama walaupun ia adalah ujian dan cabaran.

Image result for peluk suami

Sumber: baituljannah

High Expectation Akan Melukakan Hati Sendiri

Buat wanita di luar sana, dalam perkahwinan anda sentiasa kena bersedia bahkan perlu menikmati setiap apa jua yang mendatang. Tidak perlu untuk meletakkan harapan yang tinggi nanti lama kelamaan anda juga yang tersakiti.

Apabila anda menikmatinya, baru lah perkara yang anda mahukan akan datang dengan sendiri tanpa di duga. Meletakkan harapan yang tinggi dalam sesuatu hubungan ibarat meletakkan bola kaca di hujung tanduk dan apabila jatuh ia akan berkecai. Donna harap agar wanita di luar sana dapat mengambil iktibar daripada perkongsian ini.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Kalau Pergi Jakarta Dengan Suami, Wajib Singgah Tempat Ni Baru Lah Feeling!

 

 

 

 

Sumber: baituljannah

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement