Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

‘Berdua’, Luahan Hati Ippo Hafiz Buat Isteri

Adudu…merdunya suara Ippo!

Published

on

Susunan muziknya ringkas, namun merdu dan tersusun dengan baik. Anda dah dengar ke belum lagu terbaru Ippo Hafiz, Berdua?

Ippo masih mengekalkan identiti muziknya, cuma pada permulaan lagu ini dibuka dengan beberapa bait kata iaitu luahan isi hati Ippo terhadap isteri tercinta, Farah Roslan.

Video muzik Berdua juga menggunakan suntingan video yang diambil ketika majlis perkahwinan Ippo berlangsung pada 24 Ogos lalu.

Berdua ciptaan sepenuhnya oleh Ippo mengisahkan mengenai kehidupan selepas berumah tangga yang boleh dijadikan salah satu lagu dalam senarai lagu majlis perkahwinan.

Ippo turut meluahkan bagaimana dia dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain dan kehadiran isterinya umpama anugerah terindah di dalam lirik Berdua.

Sejak dimuat naik di laman YouTube pada 31 Ogos lalu, video muzik Berdua sudah mencecah lebih 102,000 tontonan dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement