Connect with us

Hiburan

Berbulan-Bulan Hafiz Hamidun ‘Down’ Fikirkan…

“Kalau boleh saya nak tidur saja”- Hafiz.

Published

on

Penyanyi, penerbit muzik, komposer dan penulis lirik, Hafiz Hamidun mendedahkan pernah berbulan-bulan dirinya rasa ‘down’ ekoran dilanda kontroversi rumah tangga, dua tahun lalu.

“Benda itu (kontroversi) bukan perkara yang saya mahukan. Masa itu, kehidupan dan prestasi kerja saya terganggu, bukan seminggu dua  tapi berbulan-bulan rasa down.

“Kalau boleh saya nak tidur saja. Anggap benda yang jadi itu hanya mimpi.

“Ye la, tak pernah terjadi dan setiap hari saya terlalu memikirkan apa orang cakap fasal saya,” katanya.

Setelah bangkit daripada masalah, Hafiz mengakui  kini lebih bahagia dan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya serta perniagaan tanpa memikirkan soal cinta buat masa ini.

Sebelum ini, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 May 2017 namun bercerai pada 25 Oktober 2017.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement