Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Berat Cecah 80KG, Sam Nekad Diet

Selamat memulakan diet Sam!

Published

on

Pelakon Shaheizy  Sam mengakui ada perubahan besar pada bentuk fizikalnya apabila berat badan telah naik mendadak mencecah 80.9 kilogram.

“Bila berat badan naik sampai sebegini rupa, saya sudah mula rasa tak sihat. Apabila batuk sikit, kepala sudah mula rasa migrain. Jika berjalan atau naik tangga, saya mula rasa mengah.

“Paling ketara apabila saya sudah mula rasa sakit lutut memandangkan kaki saya memang kecil,” katanya.

Menurut Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam bin Abdul Samad, berat badannya mula naik ketika dia berehat daripada kerjaya lakonan.

“Saya sekarang memang sedang bercuti daripada sebarang kerja lakonan. Jadi, apabila banyak masa rehat, selera makan pun bertambah. Dalam almari pakaian saya, 90 peratus baju lama memang dah tak muat. Jadi, bulan depan insya-Allah, saya akan mula bersenam semula dan cuba untuk turunkan berat badan,” katanya.

Sam berkongsi video di Instagram

Sam yang mahu lebih mengutakan kesihatan seleps ini memberi masa dua atau tiga bulan untuk badannya kembali fit dengan berat badan ideal.

“Sebelum ini, saya pernah turunkan berat badan dan insya-Allah, dalam masa dua atau tiga bulan saya akan bekerja keras untuk dapatkan berat badan ideal semula. Pada usia sekarang, penampilan bukanlah perkara utama, tapi lebih kepada faktor kesihatan yang menjadi keutamaan saya,” katanya.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement