Home > #CeriteraKool > Berapa Agaknya Harga Dia Beli Proton Saga Ni? Blogger Mat Saleh Dari UK Ni Bagitau Jawapannya!

Berapa Agaknya Harga Dia Beli Proton Saga Ni? Blogger Mat Saleh Dari UK Ni Bagitau Jawapannya!

Disebabkan minatnya yang mendalam dalam bidang automotif, blogger bernama Ian Seabrook telah membeli sebuah kereta buatan Malaysia, iaitu Proton Saga Aeroback 1987, dengan harga 50 pound, bersamaan RM280!

Memetik dari says.com, Proton Saga tu ialah kereta buatan Malaysia kedua miliknya. Sebelum ini, mamat YouTube ni dah pernah beli sebuah Perodua Kancil pada 2015. Minat betul dia dengan kereta Malaysia.

Nak tahu kenapa?

Menerusi sebuah video miliknya, Ian menjelaskan , reka bentuk Proton Saga itu yang seakan seperti origami dengan reka bentuk bonet yang unik yang menarik perhatiannya! Lagi lagi proton Saga Aeroback ni nampak macam sebuah kereta yang tahan lasak.

Ian juga berkata, dia sukakan warna rekaan dalaman kereta Proton itu: Kelabu, kelabu, kelabu! Dan dia turut menyamakan rekaan dalaman Proton Saga Aeroback itu dengan kereta Mitsubishi Colt 1987.

Ni ada beberapa orang yang terus beri komen mereka mengenai Saga itu:

Komen yang ni mesti ramai setuju kot:

Ian meranncang untuk mengecat semula kereta itu dengan satu warna sahaja, walaupun dia amat menyukai warna biru metalik pada bumper Saga berkenaan. Mungkin dia takkan tukar warna bumper tu.

Tengok la video ni, review penuh Ian mengenai Proton Saga Aeroback miliknya: