Semasa & Hiburan
Berang Jalan Raya Sesak Disebabkannya, Jawapan DS Siti Nurhaliza Ini Memang Win!
Apa-apa pun, semoga cepat sembuh ibu Aafiyah!
Kata orang, jangan dijolok sarang tebuan atau jangan dikacau harimau yang diam. Maksudnya, jangan mencari susah dengan mengganggu orang atau sesuatu yang mampu mencetuskan masalah.
Baru-baru ini satu berita mengenai Datuk Seri Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan kecil sewaktu berbasikal medapat perhatian rakyat Malaysia.
Sedang semua peminatnya mendoakan agar penyanyi nombor satu itu kembali pulih, ada juga yang menyalakan api menerusi komen yang ditinggalkan melalui laman Instagram Siti.
Jarang tokti savage macam ni 😂 pic.twitter.com/Hw26vPkNJk
— Alan Al Padat (@IniAlannn) July 28, 2019
Menerusi komen tersebut, pengguna yang bernama @princesaira menyatakan rupanya Siti yang menjadi punca kesesakan lebuhraya rumahnya.
Siti bagaimanapun dengan santai membalasnya dengan nada berseloroh.
“Laa, adik punya ke highway tu? Lupa pulak nak minta izin.”
Siti yang terkenal dengan hobi berbasikal bagaimanapun telah menamatkan kayuhan sejauh 78 kilometer bagi pertandingan anjuran sebuah institusi perbankan.
Apa-apa pun, semoga cepat sembuh ibu Aafiyah!